Friday 17 January 2014

Karangan Pertandingan=Tun Dr Mahathir:Ikon membaca Kebangsaan Penggerak Kemajuan Negara Bangsa

     pm malaysia tun dr mahathir
              Amalan membaca jitu ditakrifkan sebagai satu amalan yang diperolehi oleh seseorang individu yang rajin untuk mengejar ilmu pengetahuan .Mutakhir ini,Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat merangkap Bapa Transformasi Malaysia telah banyak mengalakkan semua rakyat rajin membaca supaya dapat memajukan Negara.Tun Dr Mahathir sebagai ikon membaca Kebangsaan penggerak kemajuan Negara bangsa telah menberikan banyak sumbangan yang tidak dapat dikirakan kepada masyarakat dalam amalan membaca.Bak kata mutiara,”Kepimpinan melalui teladan”.Oleh hal yang demikian,Tun Dr Mahathir merupakan orang yang kita perlu mencontohi sebagai model.
                Jika ditelusuri dengan lebih mendalam,Tun Dr Mahathir telah melanjut pengajian menengah di Government Melayu School,Alor Setar yang sekarang dinamakan sebagai Kolej Sultan Abdul hamid.Kegigihan beliau yang mendahaga dengan ilmu pengetahuan perlu kita mencontohi supaya dapat memajukan negara kita.Kegemaran menbelikan bahan-bahan bacaan seperti surat khabar harian,majalah bulanan dan buku-buku ilmiah merupakan hobi Tun Dr Mahathir.Kita harus menjadikan membaca sebagai hobi seperti Tun Dr Mahathir.
                Di samping itu,melalui kegigihan dan keusahaan yang berterusannya,beliau telah melanjut pelajarannya di Senior Cambridge.Rakyat harus sedar bahawa membaca dapat menimba ilmu pengetahuan.Tun Dr Mahathir sebagai suri teladan yang perlu kita mengikuti dengan selalu membaca dan melanjutkan pelajaran sendiri supaya kita tidak akan terabai oleh masyarakat pada masa hadapan.Menambahkan ilmu pengetahuan sendiri dengan berterusan akan mendatangkan kerjayaan yang tidak dapat disangkahkan seperti Tun Dr Mahathir.Seperti kata peribahasa Melayu,”melentur buluh biarlah dari rebungnya”.


                Jika diselidik dengan lebih jauh,Tun Dr Mahathir juga pernah mengambil bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine di Singapura.Beliau selalu mengunjungi gedung-gedung ilmu seperti perpustakaan,kedai buku dan pameran buku untuk memajukan diri dalam bidang perubatan.Membaca dapat membantu seseorang untuk menjadi pintardan matang seperti Tun Dr Mahathir.Beliau juga mendapat ijazah doktor perubatan dari Universiti Melaya.Perasaan ingin mengetahui dan nilai kerajinan Tun Dr Mahathir perlu kitan mencontohi dalam melanjutkan pelajaran dan cita-cita kita.
               Lebih-lebih lagi,beliau yang gemar membaca pernah berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbit oleh Kolej Perubatan.Beliau telah banyak menerbitkan isu-isu tentang politik dengan keinginan untuk memajukan Negara bangsa.Beliau juga selalu menerbitkan pelbagai ilmu pengetahuan tentang perubatan kepada masyarakat supaya orang ramai akan lebih memahami jenis-jenis perubatan.Sumbangan Tun Dr Mahathir banyak menbantu pembangunan bangsa dan Negara.
              Tun Dr Mahathir juga telah menberikan sumbangan kepada masyarakat sebagai Pengerusi Majllis Pendidikan Tinggi.Beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di Insititut Pengajian.Beliau telah mengubah kuata kemasukan dan mengadakan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang miskin.Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) juga telah ditubuh oleh Tun Dr Mahathir.Beliau pernah mengeluarkan sebuah buku yang bernama “Dilema English” kepada masyarakat untuk membaca.
              Kesimpulannya,Tun Dr Mahathir merupakan ikon membaca kebangsaan penggerak kemajuan Negara bangsa. Rakyat Malaysia harus mengingati kata orang tua-tua iaitu “menuntut ilmu biarlah sampai ke negari China”seperti Tun Dr Mahatir yang mendatangkan kemajuan kepada Malaysia.

tun dr mahathir

No comments:

Post a Comment